my life diary

Rabu, 27 Jun 2012

Hatimu bukan milikku..

assalammualaikum...Gud night to every people..hihi..today i want to talk about my self..;>
Firstly..Alhamdulillah , syukur dengan apa yang Allah kurniakan pada aku sekarang. aku dikelilingi dengan orang yang cukup sayangkan aku :) walaupun setiap hari semakin banyak dugaan yang datang namun aku makin matang untuk tempuhi semua itu. syukur Alhamdulillahs sebab org sekeliling buat aku kuat....~

30.06.12

kenapa dengan tarikh tersebut ?, itulah tarikh yang sangat aku tunggu2 bila tiap-tiap tahun yang datang..;) dan mmg aku tak sabar menunggu hari itu..tunggu msj-msj yang sampai..haha..lau hadiah tu lagi la suka kan...but harini 27.3.12 hari yang sangat membuka sejarah buat aku..wkwk..biasalah dalam hidup takda yang happy selalu kan...ada jer benda yang boleh buat kita tuk jadikan kenangan..lepas ni semoga Allah mudahkan perjalanan hidup aku tanpa sapa-sapa pun..yang aku nak fikirkan sekarang adalah STPM..layan benda-benda sedih biarlah tahun depan..(: yeahhh..!So far harini tak tau hari apa..yang aku nak katakan,cepat-cepat lah berlalu..

Setiap kenangan yang tercipta,aku harap dia jadikan dan simpan elok-elok dalam hati..mungkin ini jalan yang terbaik buat aku ngn dia..(: its ok..sebab aku selalu faham dia kot..hehe..kali ni aku betul-betul faham sampai org lain pun tak faham ngn aku..knp ya? wink wink..takpa lah kan..pengorbanan tok orang lain tu bagus apa kan? mula-mula frust la jugak,tapi kena cover macho gak dpn org..wkwk..yang malangnya terleleh gak..hakhak..betul-betul kelakar seyh..malu aku ngn dyorang..agak-agak dyorang ingat tak??hope lepas ni dyorang wat tak tau je apa yang terjadi..haha..apa-apa pun friends aku sume mmg terbaik dari ladang lah..hihkk..rasa ok plak..kahkah..poyo tak aku? diam..baca je apa aku tulis..pastu aku nak bagitau nik..aku kan..aku sayang dia tau..tapi sekarang kena sayang dia mcm aku sayang kawan-kawan aku dah..hah hah..sekarang buka buku baru..buku lame tu aku nak gi tanam dah dalam laut...hah,doa-doakan kebahagian aku tau? bole la bole la..hikhik..yeahh anak pak sazale ni strong..sob sobss....wkwkwk..ok lah..aku doakan dia akan jumpa org yang lebih baik dari aku..amin..:D ..

Now, I’m single. Again. I’d been feeling like my relationship wasn’t working for a while, but that hasn’t made the breakup any easier. I miss my ex, but even more, I miss the idea of us having a future together. At the same time, I’m getting into the idea of being single, and trying to embrace that rather than rushing to find someone to replace him. (There are few people I’ve had my eye on.) I’m reminded of “Single Girl” by Lush. It starts with “Single girl/who would want to be a single girl?” and ends with “I’m so happy I’m a single girl.”


thankz a lot..:)

Ahad, 24 Jun 2012

Biarlah Ym berbicara..

Assalamualaikum....heyy...blog aku pasni jadi blog novel ..hakhak..
citer ni seronok sgt...

BAB 1 :

AKU cuma mampu tunduk,menyembunyikan wajah seboleh mungkin.Memang salah aku.
Takkan nak menjawab pula. Dia bos... aku ni?
“Awak ni kenapa? Ada masalah ke?”
Laju aku menggeleng sambil mempamerkan
sedikit senyum yang tidak begitu manis. Apa lagi yang aku
mampu lakukan? Cuma senyum itulah buat menutup
kecuaian sendiri.
“This is not the first time, you know? Hari ni dah
tiga kali awak buat silap. Itu dengan saya, dengan orang lain,
tak tahulah! Cuba terus terang dengan saya, apa masalah
awak sebenarnya?”
“Saya yang tak buat betul-betul. Memang salah
saya. Maafkan saya Encik Firdaus. Lepas ni saya akan lebih
hati-hati…”
Encik Firdaus menatapku dengan renungannya
yang mengancam. Membuat aku hampir terduduk, di kerusi
di hadapannya. Sekali lagi aku tersenyum. Kali ini aku pasti
akan rupa senyumanku. Senyuman gabra. Siapa yang tahan
direnung jejaka sekacak Encik Firdaus?
“Saya keluar dulu ya, encik. Saya ambil file debtor
yang encik minta tu.” Aku bersuara lemah. Hairan dengan
kecuaian sendiri. Kenapa perkara sebegini remeh pun, aku
boleh silap?
Encik Fidaus diam. Dia memandangku dengan
pandangan tidak mengerti. Perlahan aku menggaru kepala
yang tidak gatal. Cuba buang jauh-jauh perasan yang mula
bertenggek di ranting jiwa. Janganlah pandang saya macam
tu, encik. Perasan saya nanti! detik hatiku.
“Encik…” panggilku perlahan. Manalah tahu kalaukalau
Encik Firdaus sedang berangan. Tidak sedar sambil
berangan, matanya tertancap padaku. Aku tersenyum dalam
diam.
“Hmmm… tak payah dulu. I nak keluar lunch.
After lunch pass it to me. Okay!”
“Kalau macam tu, saya keluar dulu ya?”
Encik Firdaus mengangguk.
Aku pula berundur perlahan. Tidak sabar untuk
keluar dari bilik berhawa dingin yang tidak mendinginkan
langsung itu! Cuma wajahku yang terasa pijar bila bertentang
mata dengan bos yang tampan itu.
“Diya…”
Langkahku terhenti. Terasa mahu gugur jantung
tatkala mendengar Encik Firdaus memanggil namaku. Tidak
pernah dia memanggil singkatan namaku. Aku berpaling.
“Fail ni? This is not what I want. Isn’t? So, keep it
back.”
Aku tersengih malu sambil mengangguk laju. Cepat
aku mencapai fail yang dihulur oleh Encik Firdaus. Dan cepat
juga aku bergerak keluar dari bilik itu. Tidak sanggup untuk
melihat senyum lucu Encik Firdaus.
Fail di tangan kuletak seketika di atas meja. Kejap
lagilah aku simpan. Mataku tajam memandang skrin
komputer. Mencari-cari Window yang aku rindu. Tidak ada.
Aku mengeluh hampa. Mana dia pergi? Sudah hampir
seminggu dia menghilang. Tidak mahu menjawab semua
pesanan yang aku titipkan. Marahkah dia padaku? Marahkah
dia apabila terlalu sering aku menolak ajakannya untuk
bertemu? Terdetik rasa hiba di hati. Terasa aku kehilangan
sesuatu apabila tidak dapat membaca patah bicaranya di skrin
komputer.
“Hei, Diya! Apahal?”
Aku tersentak. Mengerling sekilas pada teman di
sebelah. Kemudian mataku terpaku kembali pada skrin
komputer.
“Bismillahirrahmanirrahim...” Perlahan aku klik
pada ikon Yahoo Messenger di sudut skrin komputerku.
Melihat kalau-kalau dia online saat ini. Ada! Dia ada, tapi…
kenapa pesanan dan sapaanku yang berbakul-bakul itu tidak
dibalasnya? Sampai hati…. Sebak rasanya dadaku saat ini.
“Diya…”
Aku berpaling. Mengangkat kening tanda bertanya.
Mulut terasa berat untuk kubuka.
Sharifah tersengih.
“Apa hal?” soalnya sekali lagi.
“Apahal apa?” Soalannya kujawab dengan soalan
juga. Tidak faham akan maksud pertanyaan teman sekerjaku
itu.

“Kenapa Encik Firdaus panggil kau?”
“Minta fail laaa.”
“Hari ni, dah empat kali dia panggil kau. Kenapa
ek? Semenjak dua menjak ni… selalu sangat aku tengok dia
panggil kau.”
Aku tersengih. Mana tak selalu… aku asyik buat
silap aja. Semuanya pasal mamat poyo yang tengah buat aku
sedih ni.
“Kenapa ek?” Sharifah bertanya lagi.
Aku tidak terus menjawab. Masih menatap skrin
komputer di hadapanku. Mengharapkan ada keajaiban yang
akan berlaku. Tak ada pun!
Aku sedikit terperanjat tatkala jemari Sharifah
menolak perlahan bahuku. Aku menoleh. Sharifah
mengharapkan jawapan daripadaku rupa-rupanya.
“Entah… dia minat kat aku kut!” balasku selamba.
Sebenarnya tiada mood untuk melayan celoteh Sharifah yang
memang tiada noktah itu.
“Ek hmmm…”
Suara itu membuatkan wajahku membahang. Aku
tunduk memandang meja. Malunya! Kenapalah dia muncul
pada saat-saat ini? Kenapalah mulut aku cabul sangat? Ish,
malunya aku!
Sharifah tersengih sambil mengetuk-ngetuk meja.
Sengih yang mencabar kewibawaanku.
“Siapa yang minat kat awak?”
Aku mendongak perlahan. Dalam terpaksa, aku
cuba untuk bertentang mata redup milik Encik Firdaus. Tak
guna punya mulut! Sanggup malukan tuannya sendiri. Lepas
ni… kena hantar pergi sekolah ni. Ajar hormat tuan sikit.

“Errr… Mat Bangla kat production encik. Dia selalu
kacau saya. Ha… betul tu… betulkan, Sherry,” ujarku
tergagap-gagap sambil memandang wajah Sharifah yang
mengulum senyum.
Sharifah mengangguk laju menyokong kata-kataku.
Sekali pandang, reaksi Sharifah nampak berlebih-lebih pula.
Encik Firdaus tersenyum manis. Aduh… dia tak
tahu ke, senyumannya tu boleh buat orang tergoda?
“Tak keluar lunch ke? Jomlah, saya belanja,”
pelawanya sambil tersengih.
“Errr... tak apalah! Dah kenyang encik…”
“Sharifah?”
“Encik belanja?”
“Yes. All on me. Jom la, ajak staf lain sama. And
you… Diya, jom la!”
“Saya betul-betul kenyang. Terima kasih.”
“Sure?”
“Yes!”
“Kalau macam tu, nak buat macam mana, ya tak?
Agaknya, tunggu Mat Bangla awak belanja ya?” gurau Encik
Firdaus.
“Eh, mana ada… tak adalah!” jawabku malu-malu.
Sejak bila pula Encik Firdaus pandai bergurau dengan staf ni?
Ish… musykil betullah! Agaknya hati tengah senang kut?
“Sharifah… shall we?”
Sharifah mengangguk sambil mengangkat
punggung.
Encik Firdaus bergerak ke ruangan penyambut
tetamu.

Sharifah pula berlari-lari kecil sambil tersengih
memandangku. Aku mengeluh perlahan sambil menongkat
dagu. Mataku kembali kaku memandang Yahoo ID yang
kurindu. Manalah dia pergi? Kenapalah dia buat aku macam
ni? Tidak tahukah dia betapa beratnya beban rindu yang
kutanggung saat ini? I miss you sayang!!! jerit hatiku tibatiba.
Sayang? Siapalah sayang tu? Hesy! Memang aku dilanda
perasaan tahap kronik ni. Kalau dibiarkan boleh melarat jadi
sakit jiwa ni. Tak nak!!! ..........bersambung..